Sunday, 17 April 2011

Wanita Pada Lelaki...


بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 

Apa yang kowang (LELAKI) suka & xsuka pada kami (WANITA).... Jum tengok !!

Lelaki suka:
1. Wanita yang bersikap kelakar
2. Berbudi pekerti
3. Murah hati
4. Senyuman manja
5. Tahu memasak
6. Pandai dalam menggayakan pakaian
7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya
8. Tidak mudah naik angin
9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak
10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian
11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.”
12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya
13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi
14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi
15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri
16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan
17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang
18. Yang tidak suka berleter
19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki
20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh
21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
Lelaki tidak suka:
1. Wanita yang suka mengumpat
2. Sombong dan bongkak tak tentu pasal
3. Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
4. Merokok
5. Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian
7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul
8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak..
9. Wanita yang bersikap hipokrit
10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki
11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki
12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
13. Pakaian wanita berselerak di biliknya
14. Tidak bertanggungjawab langsung
15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya
16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh
17. Boros berbelanja
18. Tidak tahu/malas memasak
19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.
So, amacam de x ciri-ciri nie pada kowang khususnya kaum aku... Jeng3x!!!!

Saturday, 16 April 2011

BALASAN MENDERHAKAI IBU

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempuan berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

WaALLAHu'alam. .




Friday, 15 April 2011

pagi yang sEjok..

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم

hi readers ! pagi sabtu yang memang blues.. sejok sampai buat aku xjadi nak bangun.. lena sampai tengah hari.. pe la nk jadi ngn aku nie kan.. anak dara pe ntah.. hehehe.. alaa! bukan salu pun.. time-time cuti nie jek la leh cover balik sume tdo aku yang kurang tuh.. hehe.. so jangan la marah sangat kan.. mak ayah aku pun tau pangai burok aku yang satu nie.. so dowang pun da x heran! ^_^ thanx mak ayah coz memahami my habit di hujung minggu ;)
nk kua pun malas sebab xde duett.. duet kalo xde pape pun xjad..huhu.. so arinie aku duk umah jek la jadi anak yang solehah.. kemas umah, basoh baju, on9 da itu mmg rutin wajib aku..hehe.. nk tgk tb maklum laa umah bujang mane de tb kn.. nk beli x mampu pulak.. nampak gaya nnt pas kawen la baru merasa tgk tb sndiri kot ;) salu ari sabtu nie kalo kt umah kampung aku salu layan cite industan.. lama pulak x tengok cite industan kan.. jiwang karat tol.. ala mukan nk tgk sangat pun cume certain-certain pilem jek aku layan.. itupun kalo actor n actress bollywud yang aku suke.. ^_^ pape jek la janji x kaco owg kn.. 


hah nie la pilem bolywud pebret aku.. yang aku suka sangat sampai tgk 4-5 kali pun xde hal la.. xbowing sebab cita nie besh giler kot ! kla aku nk abeskan jemput-jemput tepung yang aku wat td.. time ujan-ujan nie besh wo makan lagi-lagi kalo de kopi O.. kalo kat umah kampung meriah la aku.. mak de tolong wat kn kalo kt cnie sume nye sndiri.. xpelaa.. independant kot ;) hehe masheh mak! muaaaahhhhh kt mak! roger n out ! calo bete ^_^ peace

Thursday, 14 April 2011

kawEn pakSa!

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم

Muning readers ! Hari nie aku memulakan pagi aku yang sangat mengantok ! Nak mangun pagi td pun makin liat.. malam td tdo lambat kot kul 1.. hehe.. sebab pe tdo lambat kan aku de janji nk jumpa marka kan.. kowang lupa ke? hahaha.. yang xbesh nye aku asek kene bahan jek ngn dia.. huhu.. jahat tau.. dia nk lepas tension ler tuh ! xpe-xpela.. tau dia ngah tension br pas kene saman.. RM 3000 melayang 1 ari jek.. ishhh ishh ishhh.. sian sgt dia.. huhu.. sian cayang aku! xpela xde rezeki kot ;)

pastuh aku balik umah.. siap2 mandi sume aku pun tdo.. bila bangun-bangun tgk da pagi.. adehhh pesal la kejab sangat pagi nie..aku xcukup tdoooo.. mau tdo lagi! huhu.. nak mangun punye la liat sebab mimpi beshh kot.. ingat-ingat balik mimpi tuh aku leh tegelak sowang-sowang.. aku mimpi bapak aku paksa aku kawen ngn " mYsaYang" dengan xde persediaan apa-apa..xbagitahu aku pape pun..aleh2 lam mimpi tuh aku kene paksa.. reaksi aku wat muka blur jek bila dengar ayah aku cakap pi siap-siap pengantin laki da sampai ! hahaha.. so funny bila fikir-fikir balik..

tapi besh la mimpi tuh mukan senang nak suh bapak aku paksa-paksa kawen nie..hikhikhik.. heharap bapak aku leh singgah lagi lam mimpi aku sponsor kawen aku lak an.. hahaha..




Unhappy!

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم


pe yang patot aku rasa skang.. suka.. marah ..benci.. menanges.. gelak or pendam pasaan ! siyes aku memang sedeh giler skang.. Ya Allah tenang kan la ati aku dan usir la perasaan ini pergi.. jauh dari hati ini..

camnie la perasaan yang aku rase skang..

Ya Allah lenyapkan la perasaan ini jauh-jauh dari ku..

sungguh aku rase ingin menanges ! :(

Wednesday, 13 April 2011

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 




Hi readers ! entry kali nie aku juz nk kongsikan pe yang aku tengah ase skang.. EPY laa rinie sbb malam nanti my "abang" dalam bracket nk datang jumpa laaa.. hehehe.. kowang de? mestila ada kan.. hikhikhik

xsaba nk tunggu malam menjelma nie.. lambat tol waktu beputar kn.. mish him ketat-ketat loh..
oh hati berbunga-bunga la smpai ke malam ok.. Jangan sesapa bani nak wosakkan mood aku yg cute nie..miahahaha

jumpe yu malam nnt tau... take care SweeThearT ! maluuu auchh~!

Tuesday, 12 April 2011

pagi yg indahh~

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 

Alhamdulillah arinie perjalanan aku ke tempat kerja x de la mengalami kejadian-kejadian yang x diingini ..  Naseb baek aku x jumpa pompuan bodo yg semalam pi langgar aku tuh ..  So aku berjalan arinie dengan penuh berhati-hati ..  De jugak la pandang kiri kanan kot-kot jumpe balik ke pompuan tuh .. Tangan da siap genggam batu nk baling kete dia nie .. Miahahaha .. Jjahat siot aku ..  Padan la muka kan sape suh langgar aku ... Saket dia nie pun xilang g .. Malas nk cita pasal pompuan xguna tuh .. Mesti arinie dia ikot jalan len g keje kot ..

Hari aku arinie ngan semalam adalah hari yang xde duet satu hengget pun lam wallet ..  Jadi miskin sekejab bulan nie .. Naseb bek touch n go de wet cket .. Dapat la nek tren kan ..  Sebab xde sangat aku tepaksa masak malam td tuk wat bekal arinie ..  Pes time aku bawak bekal g keje .. Last pun masa aku skolah rendah dulu jek .. Memang keshengalan sunggoh sebab da rase zaman kejatuhan aku da bermula ... So aku kene la pasrah nk x nak annn ..

Klaaa aku nk wat keje niee..nnt tulis g ok .. Pape pun mulakan pagi ngan bismilah dan senyuman sampai ke tinga! hehehe

Kan cumil senyum macam nie ;)

Monday, 11 April 2011

muka cantek TAPI bodo !!

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 

Istigfar aku manyak2 pagi nie.. Kalo aku mati patah riuk kt situ memang aku jadi antu aku carik ko balik.. Xguna tol punya pompuan.. Da langgar aku mukan reti mintak maaf.. Ko muka kalo cantek tapi xreti bawak kete bek ko campak kete tuh lam sungai laaa.. Ko ingt kete ko besa leh langgar aku suka-suka ati ke?? Pk laaa..De otak tapi letak kat kaki watpe an..Xsia-sia ko aku maki td.. Pastuh leh blahhh cmtuh jek..Memang aku bebulu tol pompuan jenis cmtuh.. Macam bodo.. Drees up ko x melambangkan pangai ko yg sebenarla.. Hipokrit bajet ayu jek..Bawak kete cam owang mabok todii.. 

Jangan la aku jumpe ko mane-mane memang aku calar n pecahkan cemin kete ko..huh!! Berapi siot ati aku.. Sebab da langgar xreti mintak maaf sebaliknya terus berambus camtuh jek.. Saket giler hati aku.. Seb bek aku x jumpa batu td.. Kalo x selamat da kete dia aku baling.. Bia dia rase.. Ko tunggu aku beli kete nanti aku jumpe ko aku langgar ko balik.. Lagi terok dari cara ko langgar aku...!!!

Xguna nye pompuan !

Moral : Pasnie kalo jumpe awek cantek jangan assume dia tuh perfect dr sume hal..Ntah-ntah dia lg terok n busuk! Contoh macam gambar bawah nie~



Sunday, 10 April 2011

Argghhh~!

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 

Bulan nie terpaksa mengikat pewot.. Skang baru tengah bulan.. Serik rasenya menunggu sampai hujung bulan.. Gaji aku sume da abes wat baya utang.. Pe la naseb aku an.. Keje gaji pun seciput jek.. Duet makan pun x lepas.. Nk kate de duet simpanan hampeh la sbb aku br mula nk menabung.. Siket sangat bajet nye macam mane aku nk menyimpan..

Banyak tol bulan nie aku kene baya.. Yuran aku pun da separuh gaji aku terpaksa korbankan.. Now aku tepaksa la minum air putih sepanjang bulan nie.. Start besok bawak bekal la nampak nye aku.. kesian tol aku rase.. huhuhu..

** De sesapa nk bg dana kt aku x? haha.. dr ati yg ikhlasss.. ^_^

AKU BERSYUKUR..

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

السلام عليکم 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Pertama dan selamanya, aku dengan kerendahan serta kekerdilan diri mengaturkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat-nikmat pemberian-Nya. Segala kurniaan Allah SWT itu sangat luas, menyeluruh dan melambangkan kebesaran Allah SWT.

Benar-benar aku bersyukur atas segala pemberian Allah SWT kepada aku. Alhamdulillah !.. Segala nikmatnya – nikmat kehidupan dalam udara keislaman, nikmat mempunyai ibu dan ayah yang memahami dan penyayang, nikmat dikelilingi antara sahabat-sahabat yang baik lagi mengambil berat, nikmat dianugerahi pasangan hidup untuk memahami, dan masyaAllah - pelbagai lagi nikmat yang tidak tercatat di sini. Inilah nikmat. Ianya adalah daripada Allah SWT.

Terima kasih Ya Allah kerana melindungi hamba Mu ini. Aku sangat-sangat bersyukur dengan kurnaan yang Kau anugerahi pada aku. Terasa kekerdilan, ketidakupayaan, kehinaan, kedhaifan dan ketidakmampuan sebagai hamba-Nya. Aku selalu melihat, merenungi dan mengkoreksi akan hakikat diri. Terlalu banyak nikmat-hikmat pemberian Allah SWT yang dianugerahkan kepada aku. Ya, terlalu banyak.

Tetapi sehingga kini, aku sendiri terasa akan kurangnya rasa kesyukuran aku kepada Allah SWT. Melihat segala tanda-tanda kesyukuran yang perlu dilaksanakan dan dibuat untuk menzahirkan rasa kesyukuran itu sendiri. Ia amat jauh daripada hakikat yang sebenarnya.


Lantas itu, sebagai salah satu tanda mensyukuri nikmat-Nya – sebagai hambaNya – aku harus melaksanakan segala ajaran, arahan dan suruhan-Nya. Selalu sahaja, terasa sebak dan ingin mengalirkan air mata mengenangkan semua nikmat-nikmat pemberian Allah SWT ini. Terlalu banyak, tetapi hakikat diri tidak benar-benar menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah SWT.
Nikmat Allah itu banyak dan mencurah-curah kepada hamba-hamba-Nya.

Kekadang ia diberikan tanpa diminta, apatah lagi jika nikmat itu dikabulkan seusai tadahan doa dan munajat seorang hamba kepada Rabb-Nya. Lihatlah dengan mata hati dan sanubari – Maha Pemberian Nikmat yang sangat pemurah dan tidak berkira. Malah, nikmat Allah SWT ini diberikan secara percuma. Ya free, tanpa perlu dibayar seperti mana bil-bil perkhidmatan yang kita perolehi di sistem dunia pada hari ini.

Bila aku kenang semua ini kembali betapa kerdilnya aku rasa diri ini apabila menghadapNya. Ya Allah Kau hilangkanlah perasaan yang bersifat sementara ini dalam hati ku ini. Lapangkanlah, terangilah dan tetapkanlah hati ini dengan cahaya keimanan Mu. Sesungguhnya aku makhluk Mu yang hina dan zalim. 

Bersyukur – ia adalah bentuk perhambaan yang mudah diperkatakan tetapi pada realitinya ia sukar dibumikan dalam kehidupan seharian. Menjadi mukmin yang bersyukur adalah tarbiyah yang akan terus subur dalam jiwa dan hati aku. Bersyukur dengan apa yang ada, bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT. 
InsyaAllah!



Saturday, 9 April 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu


Mengapa kau pergi..Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi..Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menhiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi..Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menhiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti..tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai..akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa..untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai..akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu..datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu...datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu..aku sangat mencinta

Tuesday, 5 April 2011

pEning gilEr!~ :(

بِسْـــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

Assalamualaikum :)

Entry kali nie aku xtau nk share ape.. huhu.. manyak mende aku nk kongsi sebenarnye tp x tau nk mulakan yang mana dulu.. :( sedeh!
pagi nie aku mulakan dengan datang lambat ke oFis.. sesaje jek nk datang lambat kn.. tp selalu tuh aku datang lambat jek kot.. xkesah la bos aku nk ckp pe.. masok tinge kanan kua tinga kiri.. wat derk jek la.. mane nk carik keje len nie ehh.. tolong wehh aku nk carik keje len.. bos tempat keje aku skang nie da la salu bekira, kedekot, pastuh suka menyebok hal peribadi aku.. naseb aku la dapat bos camnie.. huhu.. harap2 dalam mase 2 bulan lg aku da dapat keje len.. gaji aku salu x cukup.. manyak nye komitmen aku nk kene wat.. gaji nye ciput lak tuh.. cane aku nk survive.. da la idop kt KL.. KL nie kalo cm n9 xpela jugak.. duet yg ade macam air.. laju jek jalan.. huhu.. nk simpan pun xdapat.. arinie aku bejaya wat ASB.. xkesah la masok bape asalkan aku de akaun nk simpan wet.. heharap bulan depan lebeh bek dr bulan nie.. tp aku ase x mungkin kot.. sbb hutang yuran aku de tinggal RM700.00 g x baya.. bulan 6 pulak kene baya lg RM750.00.. macam mane nk simpan camtuh.. huhu.. muda2 da tekanan darah nk nek tinggi.. boleh tahan la 130/90.. manyak giler.. aku pun kaget.. hahaha.. seb bek doc tuh xsuh aku makan ubat.. kalo x parah la aku.. muda2 da kene makan ubat darah tinggi.. bebanan keje aku semaken manyak.. bos aku nie salu tol nk tau pe aku nk wat tetiap ari.. mmg rimas aku ngan pangai dia nie.. 
Readers ! sesape de lubang keje area KL sahaja plis la allo2 aku ok.. aku amat memerlukan keje len nie.. gaji bia la masyuk cket.. dapat la aku kawen thn depan.. Insyaallah kalo diizinkan Tuhan ! hikhikhik.. malu la pulak.. 


Dedicated to my LOVE !!

When in love do I truly love..?
Is it really love Or do I think that I love..?
Maybe I just love being in love..?
Or love the idea of being in love..?
I spent my whole life chasing love..
In the end the one thing I truly love..
Could just be the Mere pursuit of love..
I have heard it said..
True love comes around only once in life…
I never believed that until I met you..
I now know what true love means..
For never have I loved someone..
as I LOVE you…
Because our LOVE is eternal..
There’s nothing left to say..
Except to say this one last word..
I LOVE you more each day....